Tefal HB65KD38 Руководство по эксплуатации онлайн [33/60] 800265

Tefal HB65KD38 Руководство по эксплуатации онлайн [33/60] 800265
6564
MS
PANDUAN KESELAMATAN
Sila baca manual ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas anda dan simpan manual ini di tempat yang sesuai:
arahan penggunaan yang tidak betul akan melepaskan pengeluar
daripada segala jaminan dan liabiliti.
Pastikan bahawa voltan unit perkakas anda adalah serasi dengan
bekalan tenaga elektrik anda.
Sebarang kesilapan dari segi penggunaan voltan yang salah akan
membatalkan jaminan.
Perkakas anda bertujuan untuk kegunaan domestik di dalam rumah dan
pada ketinggian kurang daripada 2000m
Waranti adalah tidak sah bagi segala penggunaan komersial,
penggunaan yang tidak sesuai atau secara tidak mematuhi arahan.
Sentiasa tanggalkan perkakas daripada sumber tenaga elektrik ketika
dibiar tanpa pengawasan dan sebelum dipasang, dibuka atau dicuci.
Berhati-hati dengan risiko cedera yang disebabkan oleh cara
penggunaan dan pengendalian yang salah.
Jangan gunakan perkakas anda jika tidak berfungsi dengan betul atau
jika perkakas rosak. Dalam keadaan ini, sila hubungi pusat perkhidmatan
yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan).
Segala perkhidmatan selain daripada pembersihan dan penyelenggaraan
biasa oleh pelanggan mesti dilakukan di pusat perkhidmatan yang
diluluskan.
Jangan gunakan perkakas ini untuk mengadun atau mengisarkan
bahan-bahan lain selain daripada bahan makanan.
Jangan gunakan perkakas secara kosong tanpa bahan makanan.
Jangan gunakan mangkuk-mangkuk untuk kegunaan lain (pembekuan,
pemasakan dan pemanasan).
Jangan goncang perkakas dengan kuat semasa beroperasi.
Keluarkan periuk daripada sumber haba semasa mengisarkan bahan
makanan yang panas.
Untuk mengelakkan limpahan, jangan penuhkan mangkuk sehingga
melebihi tahap maksimum yang dinyatakan.
Jangan sentuh bahagian-bahagian perkakas yang sedang bergerak
(pisau…dll.).
Bilah pisau pengisar pada kaki pengadun, kaki mayonis (bergantung
kepada model) dan kaki pengisar (bergantung kepada model) sangat
tajam: kendalikan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan apabila
mengosongkan mangkuk, memasang / menanggalkan bilah pisau
pengisar pada mangkuk, semasa memasang / menanggalkan kaki
pengadun atau kaki mayonis (bergantung kepada model) dan semasa
pencucian.
Jangan letakkan perkakas, kabel atau plag dalam air atau sebarang
bahan cecair yang lain.
Jauhkan kabel kuasa daripada kanak-kanak.
Kabel kuasa tidak boleh dibiar berdekatan atau bersentuhan dengan
bahagian-bahagian panas perkakas, sumber haba atau pada sudut
tajam.
Jangan biarkan kabel kuasa bersentuhan dengan bahagian-bahagian
perkakas yang bergerak (pisau pengisar) semasa digunakan.
Jangan menanggalkan kabel kuasa daripada sumber elektrik dengan
menarik kabel.
Jangan biarkan rambut panjang, selendang, tali leher dll. berdekatan
dengan perkakas atau aksesori semasa mesin berjalan.
Jika kabel kuasa atau plag rosak, jangan menggunakan perkakas. Untuk
mengelakkan daripada bahaya, dapatkan bantuan pusat perkhidmatan
yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan) untuk
menggantikan bahagian-bahagian yang rosak.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan aksesori dan bahagian-
bahagian daripada mesin lain pada perkakas anda.
Berhati-hati apabila bahan makanan cecair panas dituang ke dalam
mangkuk atau pengadun kerana cecair panas tersebut mungkin boleh
diusir keluar secara berbahaya semasa perkakas beroperasi.

Содержание

Похожие устройства

Скачать
Случайные обсуждения

Ответы 1

можно ли молоть кофе в зернах ?
1 год назад