Huawei Smart Keyboard MatePad 11.5 (DDB-KB00) Руководство по эксплуатации онлайн [28/36] 887243

Huawei Smart Keyboard MatePad 11.5 (DDB-KB00) Руководство по эксплуатации онлайн [28/36] 887243
Sila rujuk kepada doktor anda dan pengeluar peranti untuk menentukan sama ada penggunaan
peranti anda mungkin mengganggu operasi peranti perubatan anda.
Auto-kemas kini melalui data mudah alih atau Wi-Fi didayakan secara lalai sebaik sahaja peranti
menjalankan versi terkini dan bersambung buat kali pertama dengan peranti Huawei. Anda boleh
menyahdayakan ciri ini dalam Tetapan.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan bermakna produk dan bateri perlu
dibawa ke pusat pengumpulan sisa berasingan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada
akhir jangka hayat. Ini akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan dirawat dengan cara yang
memelihara bahan-bahan berharga dan melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar. Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda, peruncit, atau perkhidmatan
pelupusan sisa isi rumah atau lawati laman web
https://consumer.huawei.com/en/
.
Maklumat Pendedahan RF
Peranti anda ialah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah. Seperti yang disyorkan oleh garis
panduan antarabangsa, peranti ini direka untuk mematuhi had yang ditetapkan oleh pasaran di
mana peranti tersebut akan dipasarkan.
Pengakuran Kawal Selia EU
Dengan ini, Huawei Device Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa peranti DDB-KB00 ini mematuhi
Arahan berikut: 2014/53/EU (RED), RoHS 2011/65/EU. Teks penuh perisytiharan pematuhan EU,
maklumat terkini mengenai aksesori & perisian boleh didapati di alamat Internet berikut:
https://consumer.huawei.com/certication.




https://consumer.huawei.com/en/support/

 



 
 




 


: 0 °C  35 °C
 –20 °C  +45 °C




 

 





 
 


: // 

// 
 2 

25

Похожие устройства

Скачать