Philips FC6728/01 SpeedPro Aqua [13/78] Bahasa melayu

Philips FC6728/01 [13/78] Bahasa melayu
-
Jangan melebihi kuantiti maksimum yang disebutkan pada botol tersebut apabila anda
menggunakan pencuci lantai cecair. Jangan tambah lebih daripada beberapa titis pada air dalam
tangki air, kerana tangki ini mempunyai kapasiti sebanyak 200ml.
-
Jangan bersihkan jalur besi pembasah dengan objek tajam kerana ini boleh merosakkan jalur
tersebut. Hanya bersihkan jalur pembasah dengan membilasnya di bawah paip. Gantikan jalur
pembasah apabila anda tidak boleh membersihkannya lagi.
-
Gantikan jalur pembasah dengan jalur yang asli sahaja. Untuk memesan jalur baharu, lihat bab
'Memesan aksesori'.
-
Bersihkan tangki air mengikut arahan. Tangki air tidak kalis mesin basuh pinggan.
-
Jangan gunakan agen atau alat pencuci yang kasar untuk mencuci pedal Aqua Boost.
-
Selepas mengelap lantai, jangan simpan perkakas dengan tangki air dipasangkan pada pelekap
dinding. Jika anda berbuat demikian, pad pengelap yang basah akan bersentuhan dengan dinding
dan boleh menyebabkan kerosakan pada dinding. Sentiasa keluarkan tangki air sebelum anda
menyimpan perkakas.
-
Untuk menjamin hasil pembersihan yang baik dan fungsi perkakas serta tangki air yang betul,
sentiasa gunakan pad pembersihan Philips asli.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Menggunakan perkakas
Sekatan penggunaan
-
Hanya gunakan tangki air di atas lantai keras yang mempunyai lapisan atas yang kalis air (seperti
linoleum, jubin berenamel dan parket bervarnis) dan lantai batu (seperti marmar). Jika lantai anda
belum dirawat untuk menjadikannya kalis air, periksa dengan pengeluar sama ada anda boleh
menggunakan air untuk membersihkannya. Jangan gunakan tangki air di atas lantai keras yang
mempunyai kerosakan pada lapisan atas kalis airnya.
-
Hanya gunakan tangki air pada lantai linoleum yang dilekatkan dengan betul untuk mencegah
linoleum daripada ditarik ke dalam muncung mop.
-
Jangan gunakan tangki air untuk membersihkan permaidani.
-
Jangan gerakkan perkakas dengan pemasangan tangki air di tepi, kerana ini akan meninggalkan
titisan air. Hanya bergerak ke hadapan dan belakang.
Nota: Tempoh masa hidup bergantung pada paras kuasa yang digunakan semasa pembersihan.
Pad pengelap dan jalur pembasah
Perkakas ini disediakan dengan satu jalur pembasah dan dua pad pengelap mikrofiber. Dengan tangki
air, jalur pembasah dan pad pengelap mikrofiber dipasang pada muncung standard lantai, anda boleh
membersihkan lantai keras. Pad pengelap berwarna akua dengan jalur yang lebar (FC8063) sesuai
untuk mengelap lantai batu dan berjubin.
Menggunakan pencuci lantai cecair dalam tangki air
Jika anda ingin menambah pencuci lantai cecair pada air di dalam tangki air, pastikan anda
menggunakan pencuci lantai cecair kurang buih atau tidak berbuih yang boleh dicairkan dalam air.
Oleh sebab tangki air mempunyai kapasiti sebanyak 200ml, anda hanya perlu menambah beberapa
titis pencuci lantai cecair pada air.
15
Bahasa Melayu

Содержание

Похожие устройства

Скачать