Philips FC6728/01 SpeedPro Aqua [14/78] Bahasa melayu

Philips FC6728/01 SpeedPro Aqua [14/78] Bahasa melayu
Mencuci tangki air
Untuk mencuci tangki air, campurkan satu sukatan cuka dengan tiga sukatan air. Tuangkan campuran
ini ke dalam tangki air dan tutup penutupnya. Goncang tangki air itu dan letakkan tangki air di atas
permukaan kalis air. Biarkan campuran air-cuka dalam tangki air semalaman. Kemudian kosongkan
tangki air itu, bilas dengan rapi menggunakan air bersih dan gunakan semula seperti biasa.
Awas: Air akan meleleh keluar dari tangki air semasa pencucian, dengan jalur pembasah dipasang
dan tanpa jalur pembasah.
Jangan kosongkan tangki air, pegang tangki air di atas sinki, buka penutup dan sengetkan tangki air ke
tepi lubang pengisian. Kemudian terbalikkan tangki air untuk membiarkan air mengalir keluar ke sinki.
Untuk mengosongkan baki air dari tangki air, pusingkan tangki air ke bahagian tepinya yang panjang
dengan lubang pengisian menghala ke singki. Kemudian sengetkan tangki air ke depan untuk
membiarkan baki air mengalir keluar dari tangki air.
Nota: Sentiasa simpan tangki air tanpa menutup lubang pengisian.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.philips.com/parts-and-accessories atau pergi ke
wakil penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Philips di
negara anda (lihat risalah jaminan antarabangsa untuk maklumat perhubungan).
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan antarabangsa.
Mengitar semula
-
Jangan buang produk bersama sampah rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu untuk
memelihara persekitaran.
-
Produk ini mengandungi bateri boleh cas semula bina dalam yang tidak harus dibuang bersama
sampah rumah biasa. Kami menasihatkan anda untuk membawa produk anda ke pusat pungutan
rasmi atau pusat khidmat Philips supaya bateri boleh cas semula itu dikeluarkan oleh seorang
profesional.
-
Ikuti peraturan negara anda bagi pemungutan produk elektrik dan elektronik serta bateri kitar
semula secara berasingan. Pembuangan secara betul membantu mengelakkan akibat negatif bagi
kesihatan manusia dan persekitaran.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila anda membuang produk ini. Sebelum
anda mengeluarkan bateri, pastikan produk dicabut daripada soket dinding dan bateri
kosong sepenuhnya.
16
Bahasa Melayu

Содержание

Похожие устройства

Скачать