Tefal Sense KO693110 белый, хороший [71/0] Pencegahan kemalangan domestik

Tefal Sense KO693110 белый, хороший [71/0] Pencegahan kemalangan domestik
69
SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH
TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK ANDA
Cerek tidak berfungsi
Pastikan cerek anda disambung dengan betul.
Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang terkumpul telah menyebabkan
pemanasan terlampau berlaku: biarkan cerek sejuk dan kemudian isikan air. Bersihkan kerak
karat terlebih dahulu jika ia telah terkumpul.
Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih kurang 15 minit.
JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT KEROSAKAN YANG KETARA
PADA KORD KUASA, PALAM ATAU TAPAK CEREK
Pulangkan cerek anda kepada Pusat Perkhidmatan Selepas Jualan, hanya mereka yang
dibenarkan untuk membaiki kerosakan. Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam
buku kecil yang disertakan bersama cerek anda. Jenis dan nombor siri ditunjukkan di bahagian
dasar cerek anda. Jaminan ini melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik
sahaja. Sebarang keretakan atau kerosakan yang terjadi akibat daripada kegagalan untuk
mematuhi arahan adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
Pengeluar berhak untuk mengubah suai sifat-sifat atau komponen cereknya pada bila-bila
masa untuk kepentingan pelanggan.
Jangan menggunakan cerek. Jangan ada sebarang cubaan untuk menanggalkan cerek atau
peranti keselamatannya.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, pusat perkhidmatan selepas jualannya
atau orang lain yang memiliki kelayakan yang sama, bagi mengelakkan sebarang bahaya.
PENCEGAHAN KEMALANGAN DOMESTIK
Bagi kanak-kanak, luka terbakar atau lecuran, walaupun sedikit, kadang-kadang boleh menjadi
serius.
Sepanjang mereka membesar, didik anak anda untuk berhati-hati dengan cecair panas yang
berada di dapur. Letakkan cerek dan kord bekalannya jauh ke dalam permukaan kerja, jauh
daripada capaian kanak-kanak.
Jika terjadi kemalangan, basuh lecuran di bawah aliran air sejuk dengan segera dan hubungi
doktor jika perlu.
Bagi mengelakkan sebarang kemalangan: jangan mendukung anak atau bayi anda ketika anda
sedang meminum atau membawa air yang panas.
MS

Содержание

Похожие устройства

Скачать