Husqvarna 115iPT4 [104/252] Keselamatan

Husqvarna 115iPT4 [104/252] Keselamatan
25. Abah-abah
26. Pelindung pengangkutan
Simbol pada produk
AMARAN! Produk ini boleh mendatangkan
bahaya! Penggunaan yang cuai atau salah
boleh mengakibatkan kecederaan serius
atau membawa maut kepada pengendali
atau orang lain. Anda perlu membaca dan
memahami kandungan buku panduan
pengendali ini. Sila baca manual pengendali
dengan teliti dan pastikan bahawa anda
memahami arahan sebelum produk
digunakan.
Gunakan topi keledar pelindung di lokasi
yang objek mungkin menimpa anda.
Gunakan pelindung telinga yang diluluskan.
Gunakan pelindung mata yang diluluskan.
Gunakan sarung tangan pelindung yang
diluluskan.
Gunakan but kalis lincir yang tahan lama.
Anak panah menunjukkan had untuk
kedudukan pemegang.
Arus langsung.
Isian minyak rantai.
Produk atau pakej produk bukan bahan
buangan domestik. Kitar semula di stesen
kitar semula untuk peralatan elektrik dan
elektronik.
Produk ini mematuhi arahan EC yang
berkenaan.
Produk ini tidak bertebat elektrik. Jika produk bersentuhan atau berada terlalu
dekat dengan kabel elektrik voltan tinggi, ini boleh mengakibatkan maut atau
kecederaan serius. Tenaga elektrik boleh melompat dari satu titik ke titik yang
lain dengan pengarkaan. Semakin tinggi voltan, semakin jauh jarak elektrik
boleh melompat. Tenaga elektrik juga boleh mengalir melalui ranting dan objek
lain, terutamanya jika ia basah. Pastikan jarak sekurang-kurangnya 10 m setiap
masa di antara produk dan kabel elektrik voltan tinggi dan/atau sebarang objek
yang menyentuhnya. Setiap kali anda perlu melakukan kerja dalam jarak
selamat ini, anda hendaklah menghubungi syarikat bekalan elektrik yang
berkaitan bagi memastikan tenaga elektrik dimatikan sebelum memulakan kerja.
Semasa pengendalian, pengendali produk mesti memastikan tiada orang atau
haiwan dalam lingkungan 15 meter.
yyyywwxxxxx
Plat penarafan menunjukkan nombor siri. yyyy ialah tahun pengeluaran, ww
ialah minggu pengeluaran dan xxxxx ialah nombor siri.
Nota: Pelekat penunjuk/simbol lain pada produk merujuk
pada keperluan pensijilan khas untuk pasaran tertentu.
Keselamatan
Takrifan keselamatan
Amaran, awasan dan nota digunakan untuk
menunjukkan bahagian yang amat penting dalam
manual.
AMARAN: Digunakan jika terdapat risiko
kecederaan atau kematian kepada
pengendali atau orang sekeliling jika arahan
dalam manual tidak dipatuhi.
104 707 - 003 - 04.03.2019

Содержание

Похожие устройства

Скачать