Husqvarna 115iPT4 [113/252] Pemasangan

Husqvarna 115iPT4 [113/252] Pemasangan
tersangkut di antara objek seperti pintu, pagar atau
yang seumpamanya.
Jangan gunakan pengecas bateri berhampiran
bahan yang mudah terbakar atau bahan yang boleh
menyebabkan kakisan. Pastikan pengecas bateri
tidak ditutup. Tarik keluar palam pengecas bateri jika
terdapat asap atau api.
Hanya cas bateri di dalam bangunan di lokasi
dengan aliran udara yang baik dan jauhi daripada
cahaya matahari. Jangan cas bateri di luar
bangunan. Jangan cas bateri dalam keadaan yang
basah.
Hanya gunakan pengecas bateri pada suhu antara 5
°C (41 °F) hingga 40 °C (104 °F). Gunakan
pengecas di persekitaran dengan aliran udara yang
baik, kering dan tiada habuk.
Jangan masukkan objek ke dalam slot penyejukan
pengecas bateri.
Jangan sambungkan terminal pengecas bateri pada
objek logam kerana ini boleh menyebabkan litar
pintas pada pengecas bateri.
Gunakan soket sesalur diluluskan yang tidak rosak.
Pastikan kord pengecas bateri tidak rosak. Jika
kabel sambungan digunakan, pastikan kabel
sambungan tidak rosak.
Arahan keselamatan untuk
penyelenggaraan
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda melakukan penyelenggaraan
pada produk ini.
Keluarkan bateri sebelum anda melakukan
penyelenggaraan, pemeriksaan lain atau
pemasangan produk.
Pengendali seharusnya hanya melakukan
penyelenggaraan dan servis yang dinyatakan dalam
manual pengendali ini. Rujuk pembekal servis anda
untuk penyelenggaraan dan servis yang selanjutnya.
Jangan bersihkan bateri atau pengecas bateri
dengan air. Detergen yang kuat boleh merosakkan
plastik.
Jika anda tidak melakukan penyelenggaraan, kitaran
hayat produk akan berkurangan dan risiko
kemalangan akan meningkat.
Latihan khas diperlukan untuk semua kerja servis
dan pembaikan, khususnya untuk peranti
keselamatan pada produk. Jika tidak semua
pemeriksaan dalam manual pengendali ini diluluskan
selepas anda melakukan penyelenggaraan, rujuk
pembekal servis anda. Kami menjamin bahawa
terdapat pembaikan dan servis profesional yang
tersedia untuk produk anda.
Hanya gunakan alat ganti tulen.
Pemasangan
Pengenalan
AMARAN: Baca dan fahami bab
keselamatan sebelum anda memasang
produk.
Untuk memasang aci
1. Pastikan plag elektrik dijajarkan.
B
A
2. Sambungkan hujung aci (A) sepenuhnya.
3. Ketatkan skru pemegang pada gergaji belah aci (B).
Untuk melaraskan panjang aci
1. Longgarkan skru pemegang di sisi bahagian
perumah bateri aci (A).
A
B
2. Laraskan aci ke panjang yang bersesuaian.
3. Ketatkan skru pemegang (B).
Untuk melaraskan abah-abah
Sentiasa gunakan abah-abah apabila anda
mengendalikan produk. Abah-abah memberikan
kawalan maksimum semasa pengendalian produk.
Abah-abah mengurangkan risiko kepenatan di tangan
dan belakang badan anda.
707 - 003 - 04.03.2019 113

Содержание

Похожие устройства

Скачать