Husqvarna 115iPT4 [115/252] Untuk menghidupkan produk

Husqvarna 115iPT4 [115/252] Untuk menghidupkan produk
2. Masukkan bateri ke dalam pemegang bateri pada
produk. Bateri seharusnya boleh dimasukkan ke
dalam pemegang dengan mudah. Jika tidak, maka
bateri tidak dipasangkan dengan betul.
3. Tekan bahagian bawah bateri dan tekan masuk
sepenuhnya ke dalam pemegang bateri. Bateri akan
dipasangkan ketat apabila anda mendengar bunyi
klik.
4. Pastikan selak dipasangkan pada kedudukannya
dengan betul.
Untuk menghidupkan produk
1. Tekan dan tahan butang mula/henti sehingga lampu
LED hijau bernyala.
2. Gunakan picu kuasa untuk melaraskan kelajuan.
Untuk memotong dahan
AMARAN:
Berikan perhatian sepenuhnya
semasa bekerja di bawah talian elektrik.
Dahan yang jatuh boleh mengakibatkan litar
pintas.
Jika boleh, letakkan diri anda pada kedudukan yang
anda boleh memotong pada sudut kanan dahan.
Potong dahan besar mengikut bahagian agar anda
mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap lokasi
dahan jatuh. Anda juga perlu memberikan perhatian
bahawa dahan yang jatuh boleh melantun pada arah
pengguna selepas jatuh di atas tanah.
Jangan potong melalui tempat dahan tumbuh kerana
ini akan memperlahankan pemulihan dan
meningkatkan risiko serangan kulat.
Gunakan hentian pada takat bilah memotong untuk
memberikan sokongan semasa pemotongan. Ini
akan membantu untuk menghalang sambungan
memotong daripada melantun pada dahan.
Buat potongan awal di sisi bawah dahan sebelum
memotong dahan. Ini akan mengelakkan kulit pokok
terkoyak, yang boleh menyebabkan pemulihan
lambat dan kerosakan kekal kepada pokok.
Potongan tidak seharusnya melebih kedalaman ⅓
ketebalan dahan untuk mengelakkan sekatan.
Pastikan rantai terus berjalan semasa anda menarik
sambungan memotong daripada dahan untuk
mengelakkannya daripada tersekat.
Pastikan anda berpijak dengan kukuh dan anda
boleh bekerja tanpa dijejaskan oleh dahan, batu dan
pokok.
707 - 003 - 04.03.2019
115

Содержание

Похожие устройства

Скачать