Husqvarna 115iPT4 [109/252] Peranti keselamatan pada produk

Husqvarna 115iPT4 [109/252] Peranti keselamatan pada produk
Gunakan sarung tangan apabila perlu, contohnya
apabila anda memasang, memeriksa atau
membersihkan peralatan memotong.
Gunakan but pelindung atau kasut, dengan tapak
yang tidak licin.
Gunakan seluar panjang dengan pelindung gergaji.
Pakai pakaian yang diperbuat daripada kain yang
kuat. Sentiasa pakai seluar panjang dan baju
berlengan panjang yang tebal. Jangan pakai pakaian
longgar yang boleh tersangkut pada ranting atau
dahan. Jangan pakai barang kemas, seluar pendek,
kasut terbuka atau berkaki ayam. Pastikan rambut
anda diikat rapi di atas paras bahu.
Pastikan peralatan bantuan kecemasan mudah
dicapai.
Peranti keselamatan pada produk
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Bahagian ini menerangkan kelengkapan keselamatan
produk, tujuannya dan cara pemeriksaan dan
penyelenggaraan perlu dijalankan untuk memastikan
pengendalian yang betul. Lihat arahan di bawah tajuk
Gambaran keseluruhan produk pada halaman 103
untuk
melihat lokasi bahagian ini pada produk anda.
Jangka hayat produk boleh berkurangan dan risiko
kemalangan boleh meningkat jika penyelenggaraan
produk tidak dijalankan dengan betul dan jika servis
dan/atau pembaikan tidak dijalankan secara profesional.
Jika anda memerlukan maklumat selanjutnya, sila
hubungi pengedar servis terdekat anda.
AMARAN:
Jangan sekali-kali gunakan
produk dengan komponen keselamatan
yang rosak. Kelengkapan keselamatan
produk mestilah diperiksa dan
diselenggarakan seperti yang diterangkan
dalam bahagian ini. Jika produk anda gagal
dalam sebarang pemeriksaan ini, hubungi
ejen servis anda untuk membaikinya.
AWAS: Semua kerja servis dan pembaikan
mesin memerlukan latihan khas. Perkara ini
khususnya penting bagi kelengkapan
keselamatan mesin. Jika mesin anda gagal
dalam sebarang pemeriksaan yang
dinyatakan di bawah, anda perlu
menghubungi wakil servis anda. Apabila
anda membeli mana-mana produk kami,
kami akan menjamin ketersediaan
pembaikan dan servis yang profesional. Jika
peniaga yang menjual mesin kepada anda
bukan pembekal servis, sila minta peniaga
memberi anda alamat bengkel servis yang
terdekat.
Untuk memeriksa pad kekunci
1. Tekan dan tahan butang mula/henti (A).
A B
C
a) Produk dihidupkan apabila LED dihidupkan.
b) Produk dimatikan apabila LED dimatikan.
2. Rujuk
Untuk memulakan fungsi SavE pada halaman
116
untuk fungsi butang SavE (B).
3. Lihat
Pencarisilapan pada halaman 123
sama ada
penunjuk amaran (C) dihidupkan atau berkelip.
Untuk melakukan pemeriksaan terhadap
penyekat picu kuasa
Penyekat picu kuasa menghalang pengendalian yang
tidak disengajakan. Apabila anda menekan butang kunci
(A), picu kuasa dilepaskan (B). Apabila anda
melepaskan pemegang, picu kuasa dan penyekat picu
kuasa akan bergerak kembali ke kedudukan asalnya.
707 - 003 - 04.03.2019
109

Содержание

Похожие устройства

Скачать